Ribery bersama trofi dan rakan sepasukan meraikan kejayaan muncul juara Bundesliga
FRANCK Ribery merakam detik ‘istimewa’ ketika dia dan Arjen Robben masing-masing menjaringkan gol pada perlawanan penentuan liga di Allianz Arena awal pagi tadi, tatkala Bayern Munich menewaskan Eintracht Frankfurt, 5-1 sekali gus merangkul gelaran ketujuh juara Bundesliga.
“Ia adalah saat yang sangat istimewa, tetapi juga antara yang paling sukar,” kata Ribery kepada Sky.
“Ini adalah saat terakhir saya di Allianz Arena, bersama penyokong dan dengan pasukan, selepas 12 tahun berada di sini. “Ada masanya untuk semua perkara dan kamu harus menerimanya.”
Perpisahan ala Kisah dongeng bagi ikon kelab itu Robben dan Ribery menyaksikan Bayern mengakhiri kempen liga dengan cabaran luar biasa dua mata di depan pencabar terdekat, Borussia Dortmund yang menewaskan Borussia Moenchengladbach 2-0.
“Kamu tidak dapat menulis final yang terbaik daripada itu,” kata jurulatih Bayern, Niko Kovac.
Penyokong bayern Munich mengibarkan banner Robben & Ribery di Allianz Arena, Munich FOTO reuters
Sembilan mata di belakang Dortmund pada Disember, Bayern hanya tewas satu perlawanan antara Januari hingga Mei untuk melonjak kembali mahkota juara Jerman untuk kali ke-29 dalam sejarah kelab itu.
Robben dan Ribery, kedua-duanya akan meninggalkan kelab hujung musim ini, dibawa masuk daripada bangku simpanan menentang Frankfurt untuk menjaringkan gol ke empat dan kelima Bayern dan menafikan harapan Dortmund untuk merampas gelaran pada perlawanan penentuan liga itu.
No comments:
Post a Comment