Monday, 3 August 2015

Arsenal bikin Chelsea merana




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LONDON – Trofi Perisai Komuniti kekal menjadi milik Arsenal selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Chelsea pada aksi yang berlangsung di Stadium Wembley malam tadi.
Malah, ia juga merupakan kali kedua berturut-turut The Gunners berjaya merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan Manchester City 3-0 pada kempen musim lalu.
Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan dilihat lebih gemar mengamalkan corak permainan berhati-hati sehingga menyaksikan bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah.
Namun, Arsenal lebih bernasib baik apabila berjaya memecah kebuntuan melalui satu serangan balas pantas yang disempurnakan dengan baik oleh Alex Oxlade-Chamberlain yang melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-24.
Percubaannya menerjah terus ke gawang pasukan lawan tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol The Blues, Thibaut Courtois.
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang terdesak mencari gol penyamaan membuat keputusan untuk menurunkan penyerang baharu, Radamel Falcao dan Oscar menggantikan Loic Remy serta Ramires sebaik aksi separuh masa kedua bermula, namun ia tidak membawa sebarang perubahan.
Di sebalik aksi hambar skuad kendalian Mourinho itu, mereka tetap memiliki peluang untuk meloloskan diri menerusi sepakan percuma Oscar pada minit ke-68, namun ia sedikit tersasar.
Kemenangan tersebut membuktikan The Gunners berada di landasan tepat untuk kembali lebih menyerlah pada kempen Liga Perdana England musim ini yang akan bermula secara rasminya 8 Ogos ini.
Arsenal dijadualkan menentang West Ham United di Stadium Emirates, Ahad depan manakala Chelsea pula akan memulakan kempen mempertahankan gelaran juara dengan menanti kunjungan Swansea City. – Agensi

Friday, 24 July 2015

Dollah Salleh puji aksi pemain muda

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh memuji pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia yang menampilkan aksi cemerlang untuk mengikat kelab gergasi England, Liverpool, 1-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Mengambil contoh penyerang skuad Harimau Muda B, S Kumaahran, jurulatih berusia 51 tahun itu berkata, pemain tersebut menampilkan persembahan terbaiknya biarpun diturunkan pada babak kedua perlawanan itu.

 KAPTEN skuad Liverpool, Jordan Henderson (kiri) dan kapten pasukan Pilihan Malaysia, Razman Roslan menjulang perisai perlawanan. FOTO Osman Adnan 

Oleh itu, katanya, aksi pemain itu memberi amaran kepada pemain senior supaya memberikan usaha yang lebih baik untuk memburu tempat dalam skuad negara bagi menghadapi baki perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2009 yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.
"Saya tidak menjangka pemain itu bermain dengan sungguh baik walaupun diturunkan pada babak kedua perlawanan. Bagi saya, semua pemain perlu berjuang untuk menempah tempat dalam skuad negara," katanya selepas perlawanan itu.

Dollah juga bangga dengan keputusan itu walaupun skuad itu mempunyai masa yang singkat untuk melakukan persiapan.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers turut memuji skuad Pilihan Malaysia kerana memperagakan persembahan cemerlang menentang barisan mudanya.

Menurutnya, perlawanan tersebut akan menjadi medan terbaik untuk pemainnya berada pada tahap kecergasan yang tinggi sebelum bermula musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015/2016.

"Saya sungguh berpuas hati dengan apa yang dilalui pada jelajah pramusim setakat setakat ini. Pasukan ruan rumah (Pilihan Malaysia) memberi saingan sengit pada babak pertama tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan persiapan kami sebelum musim baharu EPL bermula," katanya. - Bernama


Malaysia XI lwn Liverpool FC (1-1)

Sekitar aksi persahabatan Malaysia XI lwn Liverpool FC tadi yang berkesudahan seri 1-1.
































pic > mukabuku



TIADA PEMAIN JDT-SELANGOR, TIADA MASALAH (StadiumAstro)

tiada-pemain-jdt-selangor-tiada-masalah
Ketua jurulatih negara, Dollah Sallehmemuji pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia yang menampilkan aksi cemerlang untuk mengikat kelab gergasi England, Liverpool, 1-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Mengambil contoh penyerang skuad Harimau Muda B, S. Kumaahran, jurulatih berusia 51 tahun itu berkata pemain tersebut menampilkan persembahan terbaiknya biarpun diturunkan pada babak kedua perlawanan itu.

Oleh itu, katanya, aksi pemain itu memberi amaran kepada pemain senior supaya memberikan usaha yang lebih baik untuk memburu tempat dalam skuad negara bagi menghadapi baki perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2009 yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

"Saya tidak menjangka pemain itu bermain dengan sungguh baik walaupun diturunkan pada babak kedua perlawanan. Bagi saya, semua pemain perlu berjuang untuk menempah tempat dalam skuad negara," katanya selepas perlawanan itu.

Dollah juga bangga dengan keputusan itu walaupun skuad itu mempunyai masa yang singkat untuk melakukan persiapan.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers turut memuji skuad Pilihan Malaysia kerana memperagakan persembahan cemerlang menentang barisan mudanya.

Menurutnya, perlawanan tersebut akan menjadi medan terbaik untuk pemainnya berada pada tahap kecergasan yang tinggi sebelum bermula musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015/2016.

"Saya sungguh berpuas hati dengan apa yang dilalui pada jelajah pramusim setakat setakat ini. Pasukan ruan rumah (Pilihan Malaysia) memberi saingan sengit pada babak pertama tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan persiapan kami sebelum musim baharu EPL bermula," katanya.

Liverpool gagal menyinar di Malaysia

 RONALDINHO (depan) menjaringkan gol pertama ketika membantu Pilihan Malaysia mengikat Liverpool 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HAJAT lebih 50,000 peminat Liverpool untuk menyaksikan skuad The Reds kesayangan mereka mencatat kemenangan tidak kesampaian apabila ia sekadar seri 1-1 pada aksi menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.
Keputusan itu disifatkan sebagai penebus maruah buat skuad negara bimbingan Dollah Salleh selepas menyaksikan Harimau Malaya yang dibimbing bekas jurulatih, Datuk K. Rajagobal tewas 3-6 kepada The Reds pada tahun 2011.
Dollah sudah pasti menjadi individu paling gembira kerana mengotakan janjinya mahu mengelak menjadi pasukan belasahan sepanjang kunjungan wakil-wakil Liga Perdana England ke negara ini.
Pilihan Malaysia terlebih dahulu menggegar gawang skuad bimbingan Brendan Rodgers menerusi jaringan Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-13.
Bagaimanapun, kegembiraan skuad kebangsaan yang turut dibarisi lima pemain import Liga Malaysia tidak bertahan lama apabila The Reds menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jordon Ibe pada minit ke-28.
Sebelum berkunjung ke Malaysia, Liverpool berjaya menewaskan pasukan Pilihan Thailand 4-0, Brisbane Roar (2-1) dan Adelaide United (2-0) sebelum bertemu Pilihan Malaysia pada Jelajah Asia 2015.

Monday, 20 July 2015

Mampukah Liverpool tawan semula hati peminat Malaysia?

 BARISAN pemain Liverpool yang dijangka diturunkan pada aksi menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Jumaat ini.

CAKAP-CAKAP dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mendakwa sokongan kepada kelab terkemuka England, Liverpool semakin merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia berikutan kegagalan The Reds mengulangi kejayaan merangkul trofi pada peringkat domestik mahupun Eropah selepas kali terakhir memenangi Carling Cup bagi musim 2011/12 dan trofi Liga Juara-Juara (musim 2004/2005).
Kegagalan itu menyebabkan ramai peminat Liverpool yang masih belum setia di seluruh dunia berubah angin dengan menyokong pasukan lain. Namun begitu, terdapat ramai penyokong pasukan yang terkenal dengan slogan You’ll Never Walk Alone (YNWA) sebenarnya masih kekal setia hingga hari ini.
Rata-rata peminat meminati Liverpool disebabkan aura pemain-pemain legenda seperti Ian Rush, Michael Owen dan Robbie Fowler.
Corak permainan Liverpool yang begitu unik serta memiliki pemain-pemain hebat juga pasti mengujakan penyokong The Reds di negara ini.
Seorang peminat tegar Liverpool yang juga pelakon terkenal, Afdlin Shauki memberitahu, rata-rata penyokong The Reds di Malaysia terdiri daripada golongan berumur dan bukan penyokong muda yang kebanyakannya meminati kelab popular seperti Manchester United.
“Saya sudah berada di belakang Liverpool sejak berusia 12 tahun dan semestinya penyokong YNWA bukan seperti lalang yang suka menukar pasukan bila mereka kalah,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Liverpool akan menentang Pilihan Malaysia pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Jumaat ini sempena jelajah pramusim The Reds ke Asia.

Warna hidup Ibrahimovic [Kosmo]

 PSG harus mengakui bahawa Ibrahimovic yang dibawa masuk pada musim 2012 adalah pembelian yang berbaloi kerana mereka berjaya menjuarai Liga Perancis tiga kali berturut-turut sehingga musim lalu.

PENGURUS skuad kebangsaan Ireland, Martin O’ Neill menggelarkannya sebagai seorang pemain yang terlalu diberi perhatian berbanding bakat dimilikinya.
Namun pada 2014, pengurus Chelsea, Jose Mourinho menganggap dia adalah salah seorang daripada tiga pemain terbaik dunia, manakala pengurus kelab Paris Saint-Germain (PSG) diwakilinya ketika ini, Laurent Blanc memujinya sebagai salah seorang ketua yang cukup berwibawa.
Diselubungi pelbagai kontroversi, pergaduhan dengan rakan sepasukan dan pengurus serta beberapa kenya­taan kurang disenangi ramai pihak menjadikan ketua pasukan Sweden dan PSG, Zlatan Ibrahimovic muncul antara pemain bola sepak yang sering menjadi tumpuan dunia, sesuai dengan kemampuannya ketika di padang.
Zlatan Ibrahimovic
Lahir di sebuah kawasan pinggir bandar dikenali sebagai Rosengard di daerah Malmo di Sweden, Ibrahimovic­ merupakan anak kepada pasangan Sefik Ibrahimovic yang merupakan seorang Muslim dari Bosnia, manakala ibunya, Jurka Gravic pula penganut Kristian Katolik dari Croatia yang mana kedua-duanya telah berhijrah ke Sweden.
Memulakan karier bola sepak sejak berusia 15 tahun, Malmo FF adalah kelab pertama disertai Ibrahimovic. Selepas itu dia tidak lagi menoleh ke belakang, sebaliknya mengorak langkah sebagai antara pemain yang menjadi sebutan seantero dunia.
Memiliki ketinggian 1.92 meter dan mempunyai sosok agak tegap, Ibrahimovic bukanlah nama biasa dalam arena bola sepak dunia apabila telah memenangi 12 gelaran liga domestik bersama enam kelab gergasi dari empat buah negara Eropah sebelum menjadi pembantu ketua pasukan PSG pada usia 33 tahun.
Selepas lebih 15 tahun berada dalam dunia bola sepak, media tidak menunjukkan tanda-tanda untuk me­ngurangkan perhatian kepada pemain yang terkenal dengan gaya dan sikap sombong.
Bagaimanapun, tidak ramai me­nge­­tahui sejarah hidup bintang bola sepak dunia ini yang pernah mengharungi liku hidup mencabar sebelum bergelar ikon kepada negara yang memiliki hampir 10 juta penduduk itu.
Lahir di Rosengard se­akan menjadi satu ‘dosa besar’ buat Ibrahimovic ke­rana lokasi tersebut se­ring dianggap sebagai kawasan masyarakat kelas bawahan yang terdiri daripada golongan pendatang di Sweden.
Selain itu, ia turut dikategorikan sebagai kawasan hitam kerana memiliki rekod kadar jenayah yang tinggi dan cukup berbahaya di gugusan negara-negara Scandinavia.
Membesar di kawasan seperti itu sedikit sebanyak mempengaruhi sikap serta tindakan Ibrahimovic sama ada di atas atau di luar padang dan menjadikannya sebagai seorang pemain yang cukup cekal dalam usaha meletakkan namanya duduk sebaris dengan pemain-pemain tersohor di dunia.
Biarpun dia sudah menjelajah ke beberapa negara Eropah untuk menyertai kelab-kelab besar, namun Ro­sengard masih terus sebati dalam jiwanya, malah ungkapan keramat yang lahir dari mulutnya: “Anda boleh membawa seseorang individu itu keluar dari Rosengard tetapi anda tidak boleh membawa jiwa Rosengard keluar daripada individu itu.” Kata-kata tersebut turut dipahat di sebuah laluan pejalan kaki di bandar kelahirannya itu.
Salah seorang bekas wartawan sebuah akhbar di Sweden, Rune Smith berkata, kali pertama dia menemu bual Ibrahimovic ialah semasa pemain tersebut berusia 19 tahun yang ketika itu mewakili Malmo FF.
Kelab tersebut mengalami saat kejatuhan apabila diturunkan ke Liga Divisyen Dua selepas melalui sejarah prestasi paling buruk sepanjang 64 tahun.
Malmo FF ketika itu memerlukan seorang wira yang mampu mengangkat semula prestasi pasukan dan Ibrahimovic sedar bahawa ia adalah masa yang paling sesuai untuk dia membuktikan kemampuan sebenar.
“Ketika itu Februari tahun 2000, musim liga belum bermula. Saya menemu ramah Ibrahimovic dan dia berkata, Malmo FF akan menjuarai divisyen ini dan kembali ke liga utama dan dia akan menyertai Inter Milan di Itali dalam tempoh tiga tahun dari waktu itu. Namun, Malmo gagal menyertai liga utama kerana hanya mendapat tempat kedua,” katanya.
Selepas dua musim di Malmo, dia berhijrah ke Belanda dan menghabiskan masa empat tahun bersama Ajax Amsterdam di bawah kendalian Ronald Koeman sebelum ke Itali menyertai Juventus dengan nilai perpindahan €16 juta (RM66 juta) dan nasibnya baik kerana muncul ketika bintang Juventus ketika itu, David Trazeguet mengalami kecederaan sebelum meledak 16 gol pada musim pertamanya.
Bagaimanapun, musim kedua di Turin tidak memihak kepadanya apabila gagal menyerlah dan hanya diberi peranan sebagai penyerang kedua tetapi jumlah umpanan yang dilakukannya untuk menghasilkan gol meningkat sebelum dia memi­lih untuk ke San Siro menyertai Inter selepas Juventus dilanda kontroversi rasuah sehingga diturunkan ke Serie B.
Melengkapkan perpindahan dengan nilai €24.8 juta (RM103 juta), Ibrahimovic akhirnya berjaya merealisasikan impian beraksi bersama Inter pada musim 2006 dengan kontrak empat tahun dan muncul penjaring terbanyak bagi kelab tersebut dengan rekod 16 gol.
Pada musim 2008-2009 iaitu tempoh terakhirnya bersama kelab tersebut, Ibrahimovic meledak 25 gol untuk kempen Serie A dan dicalonkan sebagai Pemain Terbaik dan Pemain Asing Terbaik Tahunan.
Prestasi cemerlang yang dipamerkan itu menyebabkan kelibatnya diintai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona yang kemudian berjaya mengikat bintang Sweden itu dengan nilai €46 juta (RM192 juta) melibatkan perjanjian pertukaran Samuel Eto’o dan pinjaman untuk Alexander Hleb ke San Siro.
Musim pertama di Camp Nou, Ibrahimovic meledak 16 gol untuk membantu Barcelona mengungguli Liga Sepanyol, namun jodohnya bersama The Catalans tidak panjang apabila dilaporkan berselisih faham dengan pengendali, Pep Guardiola dan menyebabkan dia hanya menghabiskan satu musim sebelum dipinjamkan kepada AC Milan dengan pilihan untuk terus kekal melibatkan nilai €24 juta (RM100 juta).
Hadir dengan status pemain pinjaman, Ibrahimovic tidak menunggu lama untuk meniti populariti dalam kalangan pemi­­nat Milan apabila membantu kelab itu menjuarai Serie A musim 2010-2011 dengan rekod 13 gol dan lapan umpanan gol menerusi 21 aksi untuk membuatkan Milan bersetuju mendapatkan khidmatnya secara tetap daripada Barcelona.
Selepas menghabiskan musim kedua di Milan, Ibrahimovic kemudian membuat keputusan berhijrah ke Perancis untuk menyertai PSG de­ngan nilai perpindahan €20 juta (RM83.5 juta) dan ia menjadikannya pemain yang mencatat yuran perpindahan tertinggi secara keseluruhan iaitu €180 juta (RM752 juta).
Perpindahan ke kelab gergasi Perancis itu menerusi kontrak tiga tahun juga menyaksikan dia menjadi pemain kedua menerima bayaran termahal iaitu €16 juta (RM66.8 juta) setahun selepas Eto’o.
Musim pertama bersama PSG, Ibrahimovic meledak 30 gol untuk dinobatkan sebagai penjaring terba­nyak Liga Perancis dan menya­mai rekod dilakukan bintang veteran Perancis, Jean-Pierre Papin pada musim 1989-1990, seterusnya menghadiahkan gelaran juara liga untuk kelab itu.
Tiga musim di Paris, Ibrahimovic berjaya membantu PSG merangkul gelaran juara liga sebanyak tiga kali berturut-turut termasuk meraih gelaran trebel musim lalu.
Warna-warni liku kerjaya Ibrahimovic menjadikannya ikon untuk seluruh rakyat Sweden dan tiada seorang pun mampu menafikan Ibrahimovic juga layak disenaraikan sebagai antara 10 penye­rang terbaik ketika ini.