LONDON – Cesc Fabregas mahu memastikan Arsenal kecewa dan kempunan ekoran kegagalan menandatanganinya untuk kembali ke Liga Perdana England ketika dia bakal disenaraikan Chelsea untuk bertemu dengan bekas pasukannya buat kali pertama di Stadium Stamford Brigde malam esok.
Sebelum ini, Fabregas dianggap sebagai permata buat pasukan bimbingan Arsene Wenger tetapi pemain Sepanyol itu mengambil keputusan untuk meninggalkan The Gunners dengan menyertai kelab asalnya, Barcelona pada tahun 2011 Arsenal memiliki peluang untuk mendapatkan kembali khidmatnya pada pramusim lalu.
Begitupun, Arsenal enggan berbuat demikian selepas menyifatkan posisi tengah mereka sudah stabil dengan kehadiran Mesut Ozil, Santi Carzola dan Aaron Ramsey.
Sebaliknya, The Blues berjaya mendapatkan Fabregas dengan menandatanganinya menerusi yuran perpindahan sebanyak £27 juta (RM141 juta) untuk membawa kembali bintang Sepanyol itu beraksi di London.
Ternyata, pembelian Fabregas berbaloi buat pasukan bimbingan Jose Mourinho apabila pemain tengah itu berjaya merakamkan tujuh hantaran tepat musim ini termasuk satu hantaran ketika membantu pasukannya menewaskan Sporting Lisbon 1-0 pada aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini.
Kapten Chelsea, John Terry mengakui, Fabregas telah bersedia untuk mengulangi prestasi terbaiknya biarpun dia menyedari bakal berdepan ejekan dan provokasi hebat dari peminat-peminat fanatik Arsenal.
“Fabregas telah membuat satu impak cukup besar buat Chelsea.
“Saya tahu dia adalah seorang pemain cukup berkualiti dan buktinya, Fabregas telah banyak mencipta peluang jaringan kepada rakan-rakan sepasukan Chelsea.
“Tidak semua mengetahui atau menyaksikan cara dia berlatih sebagaimana Fabregas selalu berlatih secara bersendirian untuk meningkatkan skil hantarannya.
“Saya percaya dia akan melakukan sekali lagi ketika berdepan dengan Arsenal yang gagal menandatanganinya ketika The Gunners berkunjung ke Stamford Brigde nanti,” katanya. – AFP
No comments:
Post a Comment