SKUAD AS meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia Wanita selepas menewaskan Jepun 5-2 pada perlawanan akhir awal pagi semalam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
VANCOUVER, Kanada – Kapten Amerika Syarikat (AS), Carli Lloyd menjadi wirawati buat pasukannya apabila menjadi watak penting ketika merampas kejuaraan Piala Dunia Wanita 2015 selepas menewaskan penyandang juara, Jepun 5-2 pada perlawanan akhir di BC Place.
Dalam perlawanan itu, Lloyd, 32, juga mencipta sejarah apabila muncul pemain pertama yang berjaya meledak hatrik di pentas final Piala Dunia Wanita.
Pada edisi 2011 di Jerman, AS yang juga juara pada 1991 dan 1999 tumbang menerusi penentuan penalti kepada Jepun, menyebabkan mereka turun kali ini dengan misi yang cukup penting menebus kekalahan tersebut dan Lloyd muncul membuka tirai jaringan seawal minit ketiga perlawanan.
AS terus garang apabila gol kedua Lloyd menyusul pada minit kelima sebelum rakan sepasukan, Lauren Holidau menyumbat gol ketiga pada minit ke-14. Kemudian giliran Llyod menyudahkan hatriknya pada minit ke-16.
“Saya mempunyai misi hari ini dan kami berjaya mendapatkan rentak kemenangan pada babak pertama perlawanan. Ia seakan-akan tidak benar, namun impian kami untuk mencapai kemenangan tercapai pada tahun ini.
“Saya secara mental amat penat. Kami tahu jika kami melakukannya kepada Jepun, mereka akan merasa gemuruh di atas padang,” katanya.
Pada minit ke-27, Jepun bangkit untuk meledak gol pertama mereka menerusi Yuki Ogimi untuk menjadikan kedudukan 4-1.
Masuk babak kedua, kesilapan hantaran belakang pemain pertahanan AS, Julie Johnston (m-52) menyebabkan bola masuk ke gawang sendiri, namun AS terus mengasak untuk memperoleh gol kelima pada minit ke-54 menerusi Tobin Heath. – Agensi
No comments:
Post a Comment