Penjaga gol Chile, Claudio Bravo mempamer keunggulan apabila menahan bola sepakan rendah E Banega dengan sebelum itu tendangan Gonzalo Higuain tersasar gawang gol. Chile pula memastikan kemenangan selepas menyempurnakan semua empat sepakan penalti. Hanya Lionel Messi yang tampil sebagai penendang pertama berjaya menjaringkan gol untuk Argentina. Sepakan keempat Chile yang memastikan kejuaraan buat tuan rumah disempurnakan oleh Alexis Sanchez. Tiga lagi sepakan disempurnakan oleh M Fernandez, A Vidal dan C Aranguiz.
Aksi penuh dramatik itu dengan kedua-dua pasukan sering mengasak disaksikan oleh lebih 50,000 penonton dan penyokong Chile yang membanjiri stadium. Keputusan itu juga menyaksikan bintang Argentina, Messi terus kemarau tanpa kejuaraan untuk negaranya. Skuad kebangsaan Argentina masih tiada membolot trofi kejuaraan untuk tempoh 22 tahun dan Messi pasti akan terus dikritik tanpa sumbangan bermaknanya ketika pasukan memerlukannya. Chile pula pernah ke final 28 tahun lalu tetapi tewas kepada Uruguay di Argentina. Chile muncul naib juara empat kali termasuk ketika menjadi tuan rumah pada 1955. - AFP
- Chile beat Argentina 4-1 on penalties to win the Copa America for the first time at the National Stadium in Santiago
- Alexis Sanchez cheekily chipped the winning penalty after Gonzalo Higuain and Ever Banega failed to convert
- Argentina midfielder Angel di Maria was forced off in the first half with what appeared to be a hamstring injury
- The two sides could not be separated in 90 minutes as Gonzalo Higuain hit the side-netting in injury time
Chile fans pose for the camera ahead of the Copa America final against Argentina at the National Stadium in Santiago
No comments:
Post a Comment