Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir (tiga dari kiri) menyarungkan kalungan kapten pasukan kepada Nasir Basharudin yang dilantik secara rasmi sebagai ketua pasukan skuad Perak.
IPOH - Perak melancarkan jersi baharu yang menggunakan jenama Al-Ikhsan secara rasmi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini di Bulatan Amanjaya, Meru di sini sebentar tadi.
Pengenalan jersi tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di hadapan kira-kira 2,000 penyokong pasukan The Bos Gaurus.
Turut hadir, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Pasukan Perak telah menggunakan jenama Al-Ikhsan empat tahun berturut-turut sejak tahun 2015 dan memperkenalkan jersi utama berwarna kuning dan merah bagi jersi kedua untuk musim 2018.
Pada majlis tersebut, Pafa memperkenalkan seramai 25 pemain yang menyertai skuad The Bos Gaurus pada saingan Liga M musim ini.
Zambry turut menyarungkan kalungan kapten pasukan kepada Nasir Basharudin yang dilantik secara rasmi sebagai ketua pasukan skuad The Bos Gaurus. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment