Skuad kendalian Jurgen Klopp itu tewas mengejut 0-1 kepada pasukan tangga tercorot, Swansea City pada aksi Liga Perdana England Selasa lalu.
Justeru, mereka sedia untuk kembali ke landasan sebenar dengan menjadikan West Brom sebagai mangsa dalam aksi Piala FA sekali gus melangkah ke pusingan kelima.
The Reds dilihat memiliki peluang cerah untuk menewaskan West Brom apabila pemain-pemain utama seperti Sadio Mane dan Mohamed Salah berada pada prestasi terbaik ketika ini.
Pada masa sama, bek kiri Liverpool, Alberto Moreno mula kembali menjalani latihan penuh selepas pulih daripada kecederaan buku lali sejak 6 Disember lalu.
“Saya tahu bukan mudah untuk kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan, lebih-lebih lagi pasukan seperti Liverpool.
“Apabila saya mengalami kecederaan, Andy Robertson mengisi kekosongan yang ditinggalkan dan dia menggunakan peluang itu dengan baik. Bagaimanapun, saya sedia merampas kembali tempat saya daripadanya,” tegas Moreno. – Agensi