Van Dijk, 26, sah menyertai Liverpool dari Southampton berkuat kuasa 1 Januari selepas kedua-dua kelab Liga Perdana England itu bersetuju dengan memecah rekod perpindahan dunia pemain pertahanan.
Klopp sebelum ini mempersoalkan Manchester United membeli Paul Pogba dengan nilai £89 juta (RM487 juta) pada tahun lalu berkata, Liverpool tidak memiliki banyak pilihan selepas pasaran pemain dilihat mula berubah selepas Paris Saint-Germain (PSG) membeli Neymar daripada Barcelona dengan yuran perpindahan termahal dunia bernilai £198 juta (RM1.084 ­bilion).
“Yuran perpindahan £75 juta bagus untuk Southampton. Mereka juga mahu menguatkan pasukan.
“Adakah kamu fikir, apabila mereka pergi ke kelab, jika pemain itu bukan ejen bebas, adakah kelab ini sanggup menerima bidaan sebanyak £5 juta (RM27 juta) bagi mengintai pengganti?
“Saya akui harganya ‘tidak sihat’ tetapi itu realiti dalam pasaran dan kami harus menyesuaikan diri dengan baik,” kata Klopp.
Harga Van Dijk melonjak selepas menandatangani kontrak baharu pada Mei tahun lalu dan melanjutkan kontraknya sehingga 2022. – AGENSI