Friday, 20 October 2017

UEL : Giroud berjaya tunai janji (1-0)

BELGRADE – Pengendali Arsenal, Arsene Wenger gembira penyerang sensasinya, Olivier Giroud menunaikan janji untuk meledak gol kemenangan dalam aksi Liga Europa menentang Red Star Belgrade (Crvena Zvezda) dengan keputusan 1-0 semalam.
Sebagai rekod, penyerang antarabangsa Perancis itu menjaringkan gol tunggal The Gunners selepas menyudahkan hantaran Theo Walcott hasil gerakan cantik yang dimulakan oleh Jack Wilshere pada minit ke-85.
Menurut Wenger, pemain berusia 31 tahun itu memiliki mentaliti juara yang diperlukan oleh pasukannya selepas mencatat keputusan hambar apabila tewas 1-2 di tangan Watford dalam aksi Liga Perdana England (EPL) sebelum ini.
“Pada masa rehat, dia telah memberitahu kepada saya bahawa dia akan menjaringkan gol kemenangan dan sikap positifnya itu membuatkan dirinya sukar untuk diganti oleh penyerang lain.
“Dia berjaya menunaikan janji dan bukan itu sahaja, dia telah meledak gol yang luar biasa dengan menyudahkan hasil gerakan cantik Walcott dan Wilshere.
Olivier Giroud has been directly involved in eight goals in his past eight European starts for Arsenal

Arsenal manager Arsene Wenger once again gave youngsters such as Reiss Nelson a chance to impress

“Apa yang pasti, saya akui ini adalah perlawanan yang cukup sukar dan Red Star berjaya memberi cabaran buat kami. Namun, saya gembira apabila penjaga gol kami, Petr Cech berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pasukan lawan.
“Barisan pertahanan kami juga mantap dan saya harap mereka dapat kekal konsisten dalam aksi EPL menentang Everton (esok),” kata pengendali kelahiran Perancis itu. – AGENSI

Man of the match - Jack Wilshere

Wilshere punched a hole in the home side's defence with a moment of quality that will only enhance his chances of a first Premier League start of the season

No comments:

Post a Comment