SUNDERLAND – Pemain Sunderland, Adam Johnson ditamatkan kontrak serta-merta oleh pasukannya selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap gadis bawah umur.
The Black Cats mengambil tindakan drastik tersebut selepas pemain sayap itu mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan perkara tersebut di antara Disember 2014 dan Februari 2015.
Meskipun Johnson mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut, namun dia menafikan dua lagi tuduhan yang membabitkannya dengan seorang gadis berusia 16 tahun.
Penamatan kontrak tersebut menyaksikan pemain berusia 28 tahun itu tidak akan berada dalam skuad The Black Cats ketika melayan kunjungan Manchester United pada aksi Liga Perdana England di Stadium of Light malam ini.
“Dengan keputusan Adam Johnson mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut, kami membuat keputusan kontraknya bersama kelab ini ditamatkan serta-merta,” kata kelab tersebut menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan.
Dalam pada itu, malang terus menimpa Johson apabila penaja utamanya, Adidas turut menamatkan tajaan terhadapnya. – Agensi
No comments:
Post a Comment