Saturday, 9 June 2018

MSL : TFC 1 tundukkan PKNP 2-1

Pemain pasukan TFC 1 Doghyun Do melompat ketika cuba merampas bola daripada pemain PKNP Fc Faizzwan Dorahim pada perlawanan liga Super malam tadi

KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club 1 (TFC 1) berjaya menundukkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak FC (PKNP FC) 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi. 

Dalam perlawanan itu, skuad Penyu bukan sekadar menumbangkan PKNP di laman sendiri tetapi bangkit membalas dendam selepas tewas 2-1 ketika bertandang ke Stadium Perak Selasa lalu. 

TFC 1 dilihat melakukan asakan bertali arus ke kubu PKNP menerusi beberapa siri serangan namun kedua-dua pasukan hanya terikat tanpa sebarang jaringan sehingga tamat separuh masa pertama. 

Bersambung babak kedua, TFC 1 hampir menemui jaringan pada minit ke-49 namun rembatan kapten pasukan, Tchethce Kipre ditepis penjaga gol PKNP FC, Shafiq Afifi Suhaimi.

Bersambung babak kedua, TFC 1 hampir menemui jaringan pada minit ke-49 namun rembatan kapten pasukan, Tchethce Kipre ditepis penjaga gol PKNP FC, Shafiq Afifi Suhaimi.

Berselang dua minit kemudian, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu sekali lagi memperoleh ruang untuk meledak jaringan namun sepakan percuma yang diambil pemain import Korea Selatan, Do Dong Hyun tersasar jauh dari gawang. 
Peluang keemasan buat TFC 1 akhirnya muncul pada minit ke-67 apabila pemain import kelahiran Ivory Coast, Kipre berjaya meledak gol pertama pasukan. 
TFC 1 terus mempamerkan aksi bertenaga menerusi gol kedua perlawanan hasil tandukan Lee Andrew Tuck pada minit ke-70. 
PKNP FC pula memperoleh jaringan sagu hati pada minit ke-78 menerusi pemain import, Kim Sang Woo. 

No comments:

Post a Comment