Wednesday, 15 June 2016

Kejutan Itali : Belgium 0 Italy 2

FINALIS 2012, Itali mengejutkan pasukan kedua terbaik dunia, Belgium 2-0 pada aksi pertama Kumpulan E Kejohanan Euro 2016 di Stadium Parc Olympique Lyonnais awal pagi semalam.
Kejayaan itu membuktikan tanpa pemain bintang, The Azzurri yang kecewa tersingkir awal pada Piala Dunia 2014 mampu ‘pergi jauh’ dalam saingan Euro di Perancis kali ini.
Bagaimanapun ketua jurulatih Itali, Antonio Conte menyifatkan kemenangan itu belum cukup untuk meletakkan skuadnya sebagai pasukan pilihan, namun ia mampu menyuntik semangat anak-anak buahnya bagi berdepan dua lagi pencabar iaitu Sweden dan Republik Ireland.
“Parut kempen Piala Dunia 2014 masih belum hilang. Kami perlu sedar untuk bangkit di sini memerlukan sesuatu yang luar biasa.
“Kami berdepan situasi sukar, tetapi saya percaya kesemua 23 pemain mencurahkan sepenuh kudrat mereka untuk melakar kejayaan di sini,” katanya.
Pada edisi Euro empat tahun lalu, Itali dikecewakan Sepanyol 0-4 pada kejohanan yang berlangsung di Poland dan Ukraine.
Itali yang menghuni ranking ke-12 dunia membuka tirai jaringan pada minit ke-32 menerusi pemain tengah, Emanuele Giaccherini dan Graziano Pelle menambah derita Belgium menerusi gol pada minit-minit akhir perlawanan.

Belgium's Romelu Lukaku was kept quiet by Italy defence - Axel Witsel


Belgium coach Marc Wilmots says Italy 'did not play real football'

Man of the match - Leonardo Bonucci (Italy)


Leonardo Bonucci was a rock at the heart of the Italian defence and a potent attacking weapon, as his pass for the opening goal illustrated

Belgium goalkeeper Thibaut Courtois: "Now we have to win the other two matches and be a better team. Italy outclassed us in organisation, and tactically they were the best team."



No comments:

Post a Comment