Wednesday, 15 June 2016

‘Lebih takut mati daripada dipecat’ -Dunga

FOXBOROUGH – Selepas diaibkan Peru dengan gol kontroversi, pengendali Brazil, Carlos Dunga (gambar) ternyata tidak takut dipecat daripada skuad kebangsaan selepas kecewa dengan kekalahan tidak terhormat daripada saingan Copa America Centenario 2016 kelmarin.
Dunga ternyata kecewa dengan keputusan pengadil yang mengesahkan gol Raul Ruidiaz pada minit ke-75 yang didakwa menggunakan tangan untuk mara ke suku akhir setelah menjuarai Kumpulan B.
Ini adalah tugas kedua Dunga bersama Brazil, selepas cemerlang bersama skuad samba apabila menjuarai Copa America 2007 dan Piala Konfede­rasi pada tahun 2009 serta pernah menjulang Piala Dunia sebagai kapten pada tahun 1994.
Jelas ini adalah tekanan buat Brazil dalam persediaan mereka untuk menghadapi Sukan Olimpik Rio de Janeiro sekali gus mahu menjelmakan keme­nangan di laman sendiri selepas gagal menjuarai Piala Dunia 2014.

“Saya tidak takut dipecat tetapi apa yang saya takutkan adalah kematian. Pihak pengurusan tahu apa yang kami lakukan dan cara kami bekerja.
“Bila kamu bekerja bersama skuad Brazil kami tahu akan dikenakan pelbagai kritikan jika gagal menjelmakan sebarang keputusan yang baik.
“Di Brazil kami mahu mendapat keputusan yang singkat tetapi dalam bola sepak adalah satu perkara yang rumit dan kita perlu sabar untuk mendapat keputusan terbaik,” ujar Dunga.
Difahamkan Dunga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF), Marco Polo Del Nero untuk menentukan nasibnya bersama skuad Brazil. – Agensi.

No comments:

Post a Comment