AKSI Piala Liga antara West Ham dan Chelsea di Stadium London, awal pagi tadi dicemari insiden kekecohan melibatkan segelintir penyokong kedua-dua pasukan. - REUTERS
LONDON 28 Okt. - Pengurus West Ham Slaven Bilic tidak dapat menerima tindakan penyokongnya yang mengganas sewaktu pasukan tersebut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Chelsea dalam kempen Piala Liga, awal pagi tadi.
Beberapa objek seperti kerusi, duit syiling dan botol dilempar selain terdapat pergelutan di antara dua penyokong di akhir perlawanan di Stadium London, dengan anggota keselamatan cuba mengawal keadaan.
“Apa yang berlaku, kami sepenuhnya menentang tindakan tersebut. Tentang perkara ini yang telah berlaku, terutama di England, ia memang tidak boleh diterima,” kata Bilic.
Terdahulu, West Ham melakar kejutan apabila menewaskan Chelsea untuk mara ke suku akhir Piala Liga dengan dua jaringan mereka disumbangkan oleh Cheikhou Kouyate pada minit ke-11 dan Edimilson Fernandes (minit ke-48), manakala skuad Blues membalas satu gol menerusi Gary Cahill di penghujung perlawanan. - AGENSI
No comments:
Post a Comment