MILAN: Juventus mencetus kontroversi baharu selepas berjaya mengesahkan kejuaraan Serie A musim ini, awal pagi tadi apabila menyatakan bahawa itu kejuaraan kali ke-33 diraih kelab itu, bukannya kali ke-31 seperti catatan rasmi. Jumlah 33 kejuaraan Liga Itali yang dimaksudkan Juventus itu termasuklah kejuaraan pada musim 2005 dan 2006 yang menyaksikan trofi mereka ditarik balik ekoran skandal mengatur perlawanan yang membawa hukuman kelab berkenaan diturunkan pangkat beraksi di Serie B.
Juventus bagaimanapun langsung tidak pernah dapat menerima hakikat itu dan memasukkan juga kejuaraan pada dua musim berkenaan sebagai jumlah 33 kejuaraan di laman web rasmi mereka.
Selepas menewaskan Sampdoria 1-0, awal pagi tadi yang sekali gus mengesahkan kejuaraan musim ini, Juventus menerusi akaun Twitter mereka menulis: "Juara kali ke-33. Empat tahun berturut-turut. Kami tujukan kepada semua ada semua penyokong hitam putih." - Reuters

No comments:
Post a Comment