Tuesday, 30 October 2018

Giliran Mat Zan bidas Suresh


KUALA TERENGGANU: Bekas 'orang besi' skuad Kuala Lumpur, Mat Zan Mat Aris, membidas mutu pengadilan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, Suresh Jayamaran yang disifatkan gagal menggalas tugas dengan berkesan.
Malah bekas jurulatih yang membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia buat kali pertama pada 2001 turut menyifatkan pengadil itu tidak layak mengadili aksi penting yang berprestij itu.

Mat Zan berkata, kemuncak kesilapan dilakukan pengadil itu apabila 'membenarkan' penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy berada dalam garisan gol sebelum bola disepak pemain Terengganu FC (TFC) dalam aksi final itu di Shah Alam, Sabtu lalu.
Beliau berkata, tindakan pengadil itu bukan hanya merugikan skuad TFC yang bertungkus-lumus untuk mara ke final, tetapi juga memalukan mutu pengadilan bola sepak negara.
"Pada pandangan saya jika pengadil itu bijak mengendalikan perlawanan, aksi kedua-dua pasukan lebih berkualiti dan menghiburkan semua penyokong kerana final itu menjadi tumpuan seluruh peminat sukan di tanah air.
"Namun apa yang berlaku sebaliknya dan sungguh mendukacitakan apabila banyak keputusan dibuat pengadil itu silap dan boleh dipertikaikan.
"Selain itu terlalu banyak 'advantage' diberikan kepada kedua-dua pasukan termasuk membiarkan aksi keras dan berbahaya menyebabkan pemain dilihat semakin kemaruk untuk melakukan aksi keras.
"Kesannya bukan hanya kepada pasukan, tetapi jurulatih, persatuan negeri dan peminat setia kedua-dua pasukan turut kecewa. Jika saya berada di tempat Irfan Bakti Abu Salim (jurulatih TFC), saya juga kecewa," katanya.
Semalam Sukan NSTP melaporkan penjaga gol skuad The Bos Gaurus itu melakukan kesalahan kerana berada di dalam gol bukannya di atas garisan gol sebelum pemain TFC melakukan sepakan.
Tindakan penjaga gol itu mencetuskan persoalan dalam kalangan banyak pihak mengenai kredibiliti dan mutu pengadil itu yang disifatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah pengadil yang terbaik.

Aksi macam sarkas - Lee Tuck

GAMBAR fail, pemain Terengganu, Lee Andrew Tuck diasak pemain Perak ketika Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 Perak menentang Terengganu di Stadium Shah Alam. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA TERENGGANU: "Saya mohon maaf kepada peminat kerana gagal membawa pulang Piala Malaysia dan tidak dapat membantu pasukan hingga tamat permainan kerana kad merah," kata arkitek Terengganu FC (TFC), Lee Tuck.
Itu reaksi pertama pemain import TFC ini selepas perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu yang menyaksikan Perak menang 4-1 menerusi sepakan penentuan penalti, selepas terikat 3-3.
Sebelum perlawanan, pemain berdarah kacukan itu adalah nadi kekuatan skuad Penyu kerana keupayaannya sebagai perancang dan juga peledak.
Namun aksi Sabtu lalu yang penuh dengan drama, pemain yang digelar 'Rooney Ganu' itu diperintah keluar padang oleh pengadil kontroversi, Suresh Jayamaran pada minit ke-66.
Tuck menerima kad kuning kedua kerana mengasari pemain Perak sekaligus menyebabkan jentera tengah skuad Penyu tempang untuk meneruskan baki saingan.
Mengimbau detik itu, pemain kelahiran England ini bagaikan tidak percaya dengan keputusan pengadil melayangkan kad merah kepadanya, namun terpaksa akur kerana keputusan berkenaan tidak boleh diubah.
"Sukar untuk nyatakan sama ada saya berpuas hati atau tidak pada perlawanan akhir itu lebih-lebih lagi kami tidak menang selepas mendahului perlawanan pada babak pertama.
"Perlawanan itu dah jadi macam sarkas, dengan aksi pergaduhan dan terjahan liar daripada kedua-dua pasukan. Saya bagai tidak percaya pengadil gagal mengawal permainan dengan baik perlawanan itu.
"Malah banyak keputusan dibuat tidak tepat kepada kedua-dua pasukan, ia di luar jangka dan sukar dijangka sama sekali. Akibatnya pemain kedua-dua pasukan bagai mendapat 'lesen besar'.
"Tetapi itulah bola sepak, saya terima kekalahan ini dan tahniah kepada Perak.
"Kepada peminat setia skuad TFC, sokongan anda memang kelas pertama. Saya sudah memberikan segalanya untuk pasukan bermula awal musim, malah menyasarkan satu piala bersama TFC, namun ia tidak menjadi kenyataan," katanya.

Bekas pemain kecam bos PAFA 'kepit' Piala Malaysia


IPOH: Beberapa bekas pemain Perak kesal dengan cara Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim meraikan trofi Piala Malaysia di celah kangkangnya seperti tular di media sosial hingga menimbulkan pelbagai reaksi peminat bola sepak.
Mereka mendakwa melihat beberapa gambar yang ditular dalam Facebook dan WhatsApp menunjukkan Hasnul meletakkan piala itu di celah kangkangnya ketika berehat di tepi sebuah kolam renang.
"Macam tak ada nilai dibuatnya. Bawa piala itu merata dan letak ikut suka sahaja."
"Pemain bersusah payah untuk memenanginya tetapi ada pegawai yang seperti tidak menghargai usaha serta memahami perit jerih yang diharungi pemain, " kata seorang bekas pemain yang enggan dikenali.
Menurut pemain itu, trofi yang menjadi lambang keagungan bola sepak negara itu mempunyai status terlalu tinggi dan besar ertinya kepada setiap pemain.
"Piala Malaysia ini tidak ternilai. Ia lambang keagungan bola sepak negara. Tidak cukup syarat jika seseorang pemain tidak julang Piala Malaysia," katanya.
Seorang lagi pemain berkata, piala itu sepatutnya disimpan di tempat selamat dan sesuai seperti di pejabat PAFA atau Pejabat Menteri Besar dan bukan diusung merata-rata tanpa sebab.
Katanya trofi itu juga sepatutnya dijaga dengan baik kerana akan dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta diarak ke seluruh negeri selepas ini.
"Saya ingat ketika Perak muncul juara pada 1998, mendiang Karl Heinz Weigang ketika itu tidak membenarkan langsung orang ramai menyentuhnya.
"Hanya pemain dan pegawai pasukan dibenarkan mengusap piala. Orang ramai boleh tengok sahaja," katanya.

Piala Malaysia : Saya dah tanya Suresh

PENJAGA gol Perak, Hafizul Hakim meraikan kemenangan selepas pasukannya menewaskan Terengganu FC dalam penentuan speakan penalti pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. - Foto Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: “Saya bukan kata tiru atau apa, tapi saya ikut Jan Oblak, penjaga gol Atletico Madrid, saya nampak dia buat macam itu. Lagipun saya sudah tanya pengadil (mengenai tindakannya berada di dalam gawang ketika sepakan penalti).”
Itu reaksi penjaga gol Perak Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mengenai tindakannya ketika menyelamatkan sepakan penalti pemain Terengganu FC pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu yang menjadi pertikaian pelbagai pihak.
Ketika aksi penentuan sepakan penalti di Stadium Shah Alam itu, Hafizul Hakim dikatakan melakukan kesalahan apabila tidak berada di atas garisan gol sebelum bola disepak pemain Terengganu.
Sebaliknya penjaga gol berusia 25 tahun itu berada di dalam gawang.
Bagaimanapun Hafizul Hakim yang berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pemain Terengganu untuk Perak menang 4-1 selepas aksi sebenar terikat 3-3 berkata, dia hanya mengikut arahan pengadil perlawanan Suresh Jayaranam.
“Sebelum penalti, pengadil (Suresh) cakap cuma kekal di atas garisan gol. Kalau keluar ke depan, kena kad kuning. Saya tanya dia, boleh tak saya berada di dalam gol, dia cakap boleh, jadi saya ikut apa yang saya tengok Oblak buat. Bagi saya, tiada kesalahan kerana saya sudah tanya pengadil terlebih dulu.
“Kebanyakan penalti membabitkan Atletico, Oblak ada buat begitu. Saya hanya ikut dia, ambil sikit-sikit (cara menyelamatkan sepakan penalti),” katanya.
Dalam laporan NSTP semalam, seorang bekas pengadil tempatan berpendapat Suresh melakukan kesilapan kerana tidak menghukum Hafizul Hakim meskipun dia tidak berada di atas garisan gol ketika sepakan dibuat.
Beliau yang enggan identitinya didedahkan berkata, penjaga gol Perak itu sepatutnya menerima kad kuning dan sepakan penalti itu diambil semula.
Hafizul Hakim yang melaporkan diri bersama skuad kebangsaan semalam bagi persediaan menghadapi Piala AFF berkata, dia tetap akan menggunakan cara itu selagi dibenarkan pengadil perlawanan.
“Selagi dibenarkan pengadil, saya akan teruskan. Jika pengadil cakap tak boleh baru tak buat, kalau OK, saya teruskan,” katanya.

Monday, 29 October 2018

Lebih 100 penyokong sambut Piala Malaysia tiba di Stadium Perak

Sebahagian penyokong setia bola sepak Perak hadir menyambut ketibaan Piala Malaysia di Stadium Perak di sini hari ini.

IPOH – Lebih 100 penyokong setia bola sepak Perak hadir ke Stadium Perak di sini hari ini bagi menyambut ketibaan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan mereka lewat malam tadi, walaupun tanpa kelibat para pemain.
Ketibaan piala dan beberapa pegawai pengurusan pasukan itu disambut Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim pada pukul 1.30 tengah hari. 
Seorang penyokong Perak, Mohd. Fairos Mohd. Tajudin, 36, meluahkan perasaan terujanya apabila dapat meraikan ketibaan Piala Malaysia yang kali terakhir dilihatnya pada 17 tahun lalu ketika dia masih remaja. 
“Saya kempunan untuk ke Stadium Shah Alam malam tadi kerana kehabisan tiket. Saya telah merancang untuk ke sana pada awalnya namun terpaksa dibatalkan. 
“Jadi hari ini, saya datang untuk menyambut dan melihat sendiri piala berprestij ini dengan lebih dekat bagi menghargai semangat juang dan tidak berputus asa yang ditunjukkan pemain dalam permainan tersebut,” katanya ketika ditemui di pekarangan stadium di sini hari ini. 
Seorang lagi penyokong, Mohd. Rozi Zawawi, 48, berkata, dia dan tiga ahli keluarga mengambil kesempatan masa terluang untuk meraikan kegembiraan para penyokong dengan menyambut piala tersebut tiba di Ipoh. 
“Sangat menakjubkan apa yang ditunjukkan para pemain di atas padang malam tadi.
“Dua kali bangkit sebelum menang dengan penentuan sepakan penalti itu memang suatu drama yang sangat mendebarkan,” katanya. 
Sementara itu, Hasnul Zulkarnain berkata, pihaknya mendedikasikan kemenangan menjulang Piala Malaysia 2018 ini kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang akan menyambut Hari Keputeraan baginda pada 2 November ini. 
“Tiada apa yang dapat digambarkan dengan kata-kata selepas Perak mendakap Piala Malaysia itu dan ini kemenangan untuk semua rakyat Perak. 
“Pafa sedang merancang untuk membawa piala ini ke daerah-daerah selepas memilih tarikh yang sesuai serta mendapat perkenan Sultan Perak,” katanya. - K! ONLINE

Final P:M : Aksi paling epik dalam sejarah

DURAKOVIC dijulang oleh para pemainnya selepas menjuarai Piala Malaysia dengan menewaskan TFC I 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

KETUA Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menganggap final Piala Malaysia 2018 yang dimenangi selepas menewaskan Terengganu FC I (TFC I) 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti akan terpahat sebagai perlawanan akhir paling epik dalam sejarah.
Pada aksi tersebut, skuad The Bos Gaurus ketinggalan 0-2 pada babak pertama hasil jaringan Tcetche Kipre tetapi Perak me­nunjukkan kebangkitan luar biasa pada separuh masa kedua dengan jaringan dua pemain tempatan, Muhd. Firdaus Saiyadi dan Brendan Gan.
Perak terus tertekan pada masa tambahan apabila Mohd. Faiz Nasir menjaringkan gol ketiga buat TFC I, namun nasib nyata menyebelahi skuad Dura­kovic apabila pemain pertahanan lawan, Igor Zonjic tertampan bola masuk gol ke gawang sendiri pada minit ke-120.
Kata Durakovic, barisan pemainnya merupakan hero sebenar perlawanan ini kerana mereka tidak pernah mengenal erti menyerah kalah meskipun beraksi dalam keadaan tertekan khususnya babak pertama.
“Saya anggap semua pemain telah berikan aksi yang cukup komited untuk bangkit sebanyak dua kali pada perlawanan ini yang boleh dianggap sebagai terbaik dalam sejarah Piala Malaysia.
“Malah, ketika kami beraksi kurang 10 pemain susulan la­yangan kad merah kepada Gilmar turut tidak memberi kesan terhadap pemain lain untuk berjuang sepenuh tenaga sehingga wisel penamat ditiupkan.
“Pujian turut diberikan kepada penjaga gol, Hafizul Hakim yang menjadi wira kami dengan menyelamatkan dua sepakan penalti pasukan lawan,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.
Mengulas lanjut, Durakovic mengakui sangat gembira apabila koleksi Piala Malaysia yang dimenanginya kini bertambah kepada lima trofi selepas menjulang bersama Selangor sebanyak tiga kali sebagai pemain dan jurulatih (1).
“Saya tidak tahu untuk menyatakan trofi edisi mana paling manis tetapi saya boleh katakan kemenangan final bersama Perak berada dalam kelas tersendiri.
“Namun, saya gembira semua final yang saya harungi dilakukan di Stadium Shah Alam dan ia memberi makna signifikan buat saya secara peribadi,” katanya.
Perak mendakap Piala Malaysia buat kali kelapan, sekali gus menamatkan penantian 18 tahun selepas kali terakhir memenangi­nya pada edisi 2000 ketika menewaskan Negeri Sembilan 2-0.

Brendan tidak sangka capai impian julang Piala Malaysia, pemain terbaik

BRENDAN (kanan) meraikan kejayaan bersama para penyokong Perak selepas kejayaan menjulang Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

PEMAIN berdarah kacukan skuad Perak, Brendan Gan mengakui tidak menyangka impiannya untuk menjulang Piala Malaysia tercapai selepas membantu pasukannya menewaskan Terengganu FC I (TFC I) di pentas final penuh dramatik di Stadium Shah Alam kelmarin.
Lebih manis, Brendan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan pada aksi yang terpaksa berlanjutan sehingga penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3.
Pemain kacukan Malaysia-Australia itu menghidupkan peluang buat Perak yang ketinggalan 0-2 selepas tamat babak pertama dengan mencipta peluang jaringan buat Muhd. Firdaus Saiyadi sebelum meledak gol peribadi pada masa kecederaan babak kedua.
Brendan berkata, menjaringkan gol di pentas final bagaikan mimpi menjadi kenyataan memandangkan dia tidak begitu mahir dalam menembusi gawang lawan berdasarkan rekod jaringan yang dilakukan sepanjang kariernya.
“Saya bergurau dengan rakan sepasukan pada sesi latihan sebelum aksi final ini bahawa saya akan menjaringkan gol pada saat genting. Lebih menarik, ini adalah jaringan pertama saya menggunakan kaki kiri.
“Apa yang pasti, saya gembira dapat menghidupkan peluang Perak untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan kerana pasukan kami berhak meraih keputusan tersebut,” katanya selepas tamat perlawanan.
Mengulas lanjut, kejayaan merangkul trofi pertama dalam kariernya itu dilihat mampu memadam memori hitam selepas bergelut dengan kecederaan sepanjang tahun lalu.
“Saya mengharungi musim sukar tahun lalu dengan beberapa siri kecede­raan berulang. Menjulang Piala Malaysia boleh dianggap satu bonus memandangkan ia trofi pertama dalam karier saya.
“Buat masa ini, saya mahu meraikan kemenangan ini terlebih dulu sebelum memikirkan masa depan saya (sama ada mahu kekal bersama Perak atau sebaliknya,” kata bekas pemain Kelantan berusia 30 tahun itu.

Saturday, 27 October 2018

Fakta di final Piala Malaysia 2018


🏆 PERAK JUARA unifi PIALA MALAYSIA 2018 🏆

Kejuaraan kali Ke-8 buat Perak TBG selepas kali terakhir menjulang trofi ini pada 2000 !

#unifiPialaMalaysia2018
#MalaysianFootballLeague



The Bos Gaurus dakap Piala Malaysia 2018, Penyu menangis lagi

Bangkit dari ketinggalan dua kali untuk julang trofi kelapan menerusi sepakan penalti

SHAH ALAM - Kemarau 18 tahun skuad Perak berakhir selepas berjaya mendakap trofi Piala Malaysia kelapan dalam sejarah dengan menewaskan Terengganu FC I (TFC I) 4-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi final yang penuh epik dan kontroversi di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Pada perlawanan tersebut, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim hanya memerlukan kurang 60 saat untuk mendahului hasil ledakan kapten pasukan, Tchetche Kipre  yang bijak menggunakan peluang terhidang hasil kelekaan barisan pertahanan Perak.
Pasukan The Bos Gaurus kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Leandro Dos Santos tetapi jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil perlawanan, Suresh Jayamaran kerana mengasari penjaga gol TFC I.

Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh Kepre sekali lagi menghukum benteng pertahanan Perak dengan gol kedua peribadi pada minit ke-42 untuk memberi bekalan selesa buat skuad Sang Penyu pada babak pertama.

Bersambung pada babak kedua, skuad kendalian Mehmet Durakovic tampil lebih yakin dan berjaya meraih gol 'semangat' menerusi ledakan Muhd. Firdaus Saiyadi pada minit ke-46.

Perak sekali lagi dihampakan apabila gol penyamaan jaringan penyerang sensasi, Gilmar Da Silva sejurus selepas itu dibatalkan kerana ofsaid.

Pemain Terengganu meraikan jaringan pertama mereka yang juga merupakan gol terpantas di pentas final Piala Malaysia setakat ini. - Foto AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Perlawanan yang disaksikan hampir 80,000 penyokong itu mula menimbulkan kontroversi apabila Da Silva dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil pada minit ke-60.
Skuad TFC I turut menerima nasib yang sama apabila pemain berpengaruh, Lee Andrew Tuck diarah keluar padang selepas mengasari Brendan Gan pada minit ke-67.
Pemain Terengganu, Abdul Malik Mat Ariff (kiri) diasak dua pemain Perak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam di sini hari ini. - Foto AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
Perak kembali mengikat kedudukan menjadi 2-2 selepas Brendan Gan meledak gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
TFC I kembali mendahului apabila pemain lincah, Mohd. Faiz Nasir menjaringkan gol cantik dari luar kotak pada minit-96.
Semangat pantang menyerah kalah pasukan Perak dengan melakukan asakan bertali arus membuahkan hasil selepas memaksa pertahanan TFC I, Igor Zonjic menjaringkan gol sendiri  pada penghujung masa tambahan untuk memastikan saingan diputuskan dengan penentuan sepakan penalti. 
Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim muncul wira dengan menyelamatkan dua sepakan pemain TFC I untuk memastikan Perak mendakap Piala Malaysia buat kali pertama sejak tempoh 18 tahun. - K! ONLINE

Barisan pemain utama Perak yang berjaya membawa pulang gelaran kelapan Piala Malaysia malam ini. - Foto AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

#FINALygEpic
#BestEver Final PM
#KadKuningKadMerah
#kesilapanpertahananmembawapadah
#Xtratime #sepakanpenalti


PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN - BRENDAN GAN

Tuesday, 23 October 2018

Pilihan XI Alan Shearer EPL gw9


EPL GW9 results : Chelsea MU seri 2 | MC x kasi can Burnley jadi mangsa | Arsenal teruskan rentak kemenangan




EPL GW9 : ARSENAL 3 Leicester City 1 (semua gol dijaringkan oleh pemain Arsenal)


Arsenal’s is now the highest-scoring German player in Premier League history (30 goals)





Transform your sadeness to a strong positive energy and share it to your team-mate 💪🏽💪🏽 that was my feeling today!!! thanks captain 😆 y mi hermanito for the assists #COYG -from twitter Aubemayang


10 - Arsenal have won 10 consecutive matches in all competitions for the first time since October 2007 (a run of 12). Momentum.

While we give all the plaudits to Ozil and Iwobi who rightly deserves it, we must remember Leno who kept us in the game and proved a catalyst for the turnaround.Up the Ya gunners Ya

Saturday, 13 October 2018

UEFA Nations League : Belanda malukan Jerman (3-0)

VIRGIL van Dijk ketika menjaringkan gol dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah awal pagi tadi. - Foto EPA

AMSTERDAM: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mengetuai skuad Belanda membenam Jerman, 3-0 dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah awal pagi tadi, sekaligus meningkatkan tekanan kepada pengendali, Joachim Loew. 
Jaringan menerusi tandukan kapten, Van Dijk meletakkan tuan rumah di depan dalam pertembungan di Amsterdam.
Ketika pertahanan Jerman dilihat agak goyang, Memphis Depay dan seorang lagi pemain Liverpool, Georginio Wijnaldum terus menghukum lawan dengan gol kedua dan ketiga untuk mengesahkan kemenangan penuh bergaya skuad Oranje di Arena Johan Cruyff Amsterdam.
Kejayaan itu adalah yang pertama buat Belanda menumbangkan Jerman dalam tempoh 16 tahun dan kekalahan itu akan meningkatkan desakan supaya Loew berundur selepas 12 tahun mengemudi pasukan.
Ia juga dianggap detik malang buat Jerman selepas disingkirkan pada pusingan awal di Piala Dunia 2018 dengan menghuni tangga tercorot kumpulan.