VIRGIL van Dijk ketika menjaringkan gol dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah awal pagi tadi. - Foto EPA
AMSTERDAM: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk mengetuai skuad Belanda membenam Jerman, 3-0 dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah awal pagi tadi, sekaligus meningkatkan tekanan kepada pengendali, Joachim Loew.
Jaringan menerusi tandukan kapten, Van Dijk meletakkan tuan rumah di depan dalam pertembungan di Amsterdam.
Ketika pertahanan Jerman dilihat agak goyang, Memphis Depay dan seorang lagi pemain Liverpool, Georginio Wijnaldum terus menghukum lawan dengan gol kedua dan ketiga untuk mengesahkan kemenangan penuh bergaya skuad Oranje di Arena Johan Cruyff Amsterdam.
Kejayaan itu adalah yang pertama buat Belanda menumbangkan Jerman dalam tempoh 16 tahun dan kekalahan itu akan meningkatkan desakan supaya Loew berundur selepas 12 tahun mengemudi pasukan.
Ia juga dianggap detik malang buat Jerman selepas disingkirkan pada pusingan awal di Piala Dunia 2018 dengan menghuni tangga tercorot kumpulan.
No comments:
Post a Comment