Saturday, 29 July 2017

International Champions Cup : Manchester City 3-0 Tottenham


Pep Guardiola named four new defensive signings in his side - but it was an old face who fired Manchester City in front.
It has been all change at the back for at the Etihad this summer and Ederson, Danilo and Kyle Walker - who faces his former side - all line up in Nashville.
But John Stones popped up inside 10 minutes to head home against Tottenham - and Raheem Sterling later added a second.
And young starlet Brahim Diaz made it three at the death.
Spurs had also named a strong line-up for the International Champions Cup clash with Harry Kane leading the line.
With boss Mauricio Pochettino yet to get his chequebook out, it is a very familiar looking team.

Dua wakil Perak cemerlang [Perak FA & Perbadanan Kemajuan Negeri Perak ; PKNP]

Para pemain Perak meraikan kejayaan menewaskan PKNS fc 3-1 dalam saingan kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi

DUA pasukan dari Perak mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menempah slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas mengharungi empat perlawanan peringkat kumpulan malam tadi.
Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) mara ke kelompok lapan pasukan terbaik selepas menewaskan wakil Terengganu, T-Team 4-1 dalam saingan Kumpulan A di Stadium Proton, Tanjung Malim.
Pemain PKNP FC cuba melarikan bola daripada pemain T-team dlm perlawanan Piala Malaysia di Stadium Proton

Kecemerlangan PKNP FC bermula pada minit ke-30 menerusi gol pertama daripada tonggak import Korea Selatan, Kim Hyeon Woo sebelum kapten, Muhd. Shahrel Fikri Mohd. Fauzi menggandakan kedudukan sembilan minit kemudian.
Penguasaan PKNP FC berterusan selepas Mohamad Hafiz Ramdan meledak gol ketiga (m-46) sebelum Vincent Lucas Weijl memastikan kemenangan bergaya skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu dengan jaringan keempat pada minit ke-72.
Gol saguhati T-Team dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Joseph Yannick Ndjeng pada minit ke-79.
Sementara itu, The Bos Gaurus turut cemerlang dengan mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir selepas menang 3-1 ke atas kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) sekali gus selesa mendahului Kumpulan B dengan 10 mata.
Turut mengiringi kecemerlangan dua wakil Perak itu ialah pasukan naib juara musim lepas, Selangor yang menewaskan Terengganu 3-2 di Kuala Terengganu dalam aksi Kumpulan D.
Dalam pada itu, juara bertahan, Kedah mencerahkan peluang ke suku akhir dengan kemenangan 6-2 ke atas Melaka United di Stadium Hang Jebat, sementara Felda United turut berpesta gol apabila membelasah Kuala Lumpur 4-1 di Selayang malam tadi.
Juara tiga kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menang 2-0 ke atas Sarawak di Kuching, manakala pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) mencipta kejutan setelah menewaskan wakil Liga Super, Kelantan 2-0 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Klopp sudah tawar hati ‘buru’ Keita

KLOPP sudah berputus asa untuk mendapatkan khidmat Keita selepas Leipzig kekal dengan pendirian enggan melepaskan pemain tengah itu.

LIVERPOOL – Liverpool akhirnya menamatkan usaha mereka untuk menandatangani Naby Keita selepas akur dengan keengganan RB Leipzig melepaskan pemain tengah itu musim ini.
Pengurus The Reds, Jurgen Klopp, 50, memandang tinggi kemampuan Keita, 22, sehingga sanggup membida bintang dalam pembi­kinan tersebut dengan rekod pembelian termahal dalam sejarah pasukan dari Merseyside itu.

Keinginan tinggi Klopp untuk membawa Keita ke saingan Liga Perdana England bermula dengan tawaran pertama Liverpool bernilai £57 juta (RM320.6 juta) awal bulan ini, namun ditolak oleh Leipzig.
Pengendali dari Stuttgart, Jerman itu tidak berputus asa dengan menawarkan tawaran kedua dianggarkan bernilai £66 juta (RM371.2 juta).
Ia merupakan harga yang lebih tinggi daripada nilai The Reds ketika membeli Mohamed Salah dari AS Roma baru-baru ini.
Bagaimanapun, Leipzig sekali lagi menolak tawaran tersebut dengan menjelaskan keengganan mereka untuk melepaskan Keita biarpun pemain skuad antarabangsa Guinea itu terdesak untuk meninggalkan pasukan Jerman tersebut.
Satu cara sahaja membolehkan Liverpool menandatangani Keita sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 1 September depan iaitu Leipzig membuat ‘pusingan U’ dengan melepaskan pemain yang sudah tiada hati untuk menyarung jersi mereka.
Ia ekoran insiden perbalahan antara Keita dengan rakan sepasukannya, Diego Demme dalam sesi latihan Leipzig pada Isnin lepas.
Selain itu, Pengarah Sukan Leipzig, Ralf Ragnick juga didakwa menuduh penduduk kampung Keita di Guinea menjadi ‘dalang utama’ menghasut pemain itu untuk berhijrah menyertai Liverpool.
Bagaimanapun, Klopp sudah mengibarkan bendera putih terhadap usahanya ‘meman­cing’ Keita selagi Leipzig kekal dengan pendirian mereka. – Agensi

Gunners earn comfortable win in the Emirates Cup




Theo Walcott hit a brace for Arsenal to help see off Benfica 5-2 in the Emirates Cup on Saturday.
The Gunners went behind to an early goal from Franco Cervi, but Walcott put them in front by volleying home a cross from new signing Sead Kolasinac in the 24th minute and then scoring into an open net in the 33rd.
Benfica levelled through Eduardo Salvio before the break, but Walcott helped restore the Gunners' lead for good as his cross for Olivier Giroud was steered into the Benfica net by Lisandro for an own goal.
Arsenal then added some polish to the win as Giroud acrobatically volleyed in a perfect cross from 17-year-old Reiss Nelson and Alex Iwobi hammered home a hard strike into the roof of the net.
Alexandre Lacazette was given a rousing reception as he replaced Walcott for the final 15 minutes. He's expected to start on Sunday against Sevilla, who beat beat RB Leipzig 1-0 in the cup's opener thanks to a penalty from Wissam Ben Yedder.         
Alex Iwobi ensured victory and a healthy goal bonus for the Gunners with his powerful effort that made it 5-2

Thursday, 27 July 2017

International Champions Cup : MC ratah Real Madrid 4-1



If Pep Guardiola’s vision for Manchester City takes shape over the course of the next 10 months, he may look back on the night his team dismantled back-to-back European champions Real Madrid at the Los Angeles Coliseum as the moment it all started to fall into place.

It has come at a cost – £217million so far, to be precise. But if Guardiola can produce results, and performances, like this then his paymasters in Abu Dhabi will view it as money very well spent.

This is pre-season, of course. Early days. Changes were made by both sides and key players are still missing, not least Cristiano Ronaldo. 

But putting four goals past a team like Real at any time of year is no mean feat, and City did it here in some style in front of 89,000 – the biggest crowd for a football game ever at this iconic venue. 

Raheem Sterling is clearly delighted after doubling City's advantage by firing the ball past goalkeeper Kiko Casilla
Otamendi makes a last-ditch intervention to stop Wales international Gareth Bale from being through on goal

Friday, 21 July 2017

Skuad B-22 negara rebah di bumi Siam

BANGKOK, Thailand - Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara nampaknya sudah tiada pilihan lain pada perlawanan terakhir menentang Mongolia peringkat Kumpulan H kempen kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 B-23 esok.

Mereka perlu menang pada perlawanan itu jika mahu menempah tiket secara automatik ke kejohanan berprestij itu di China tahun depan.
Semuanya gara-gara kekalahan 0-3 kepada Thailand pada perlawanan kedua Kumpulan H di Stadium Nasional Supchalasai, Bangkok malam tadi.
Pada Rabu lalu, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu menang bergaya 3-0 pada aksi pembukaan menentang Indonesia, namun rentak cemerlang itu gagal diteruskan pada perlawanan dengan Thailand malam tadi.
Kekalahan tersebut meletakkan skuad B-22 negara dalam situasi belum selamat kerana Indonesia telah berpesta gol membelasah Mongolia 7-0 pada satu lagi perlawanan petang semalam.
Andai Indonesia dan Thailand berpakat mencatat keputusan seri pada aksi terakhir esok, Malaysia wajib menang ke atas Mongolia yang melakar kejutan seri 1-1 dengan Thailand, Rabu lalu.
Selepas mengharungi dua perlawanan, skuad B-22 negara kini menghuni tangga ketiga Kumpulan H dengan mengumpul tiga mata manakala Thailand mendahului kedudukan dengan empat mata diikuti Indonesia (tiga mata).
Mongolia menghuni tangga tercorot kumpulan itu dengan satu mata.
Pada aksi malam tadi, skuad negara dilihat kurang bermaya dan mereka gagal mengimbangi rentak permainan pantas yang dipamerkan pasukan tuan rumah.
Pada sepuluh minit pertama permainan, rentak skuad negara nampak lebih menyengat tetapi peluang yang mereka peroleh untuk menjaringkan gol tidak dipergunakan dengan baik.
Sebaik Thailand menemui rentak, pasukan tuan rumah itu mudah meloloskan diri untuk memecah kebuntuan pada minit ke-25 menerusi Chenrop Samphaodi diikuti jaringan kedua pemain yang sama pada minit ke-45.
Aksi pada separuh masa kedua nampak seimbang, tetapi barisan pemain negara gagal mengekalkan rentak cemerlang dan dilihat agak hilang fokus terutama pada sepuluh minit terakhir permainan.
Akibatnya, ia membuka ruang kepada Thailand untuk menambah jaringan pada minit ke-87 menerusi Phicha Au-Tra.
“Kami bermula dengan baik tetapi rentak permainan kemas itu tidak dapat dikekalkan sehingga membuka ruang kepada Thailand untuk menguasai permainan.
“Para pemain telah melakukan yang terbaik tetapi tindakan penyudah tidak begitu kemas walaupun kami memperoleh beberapa peluang untuk menjaringkan gol,” jelas Kim Swee.
Menurutnya, mereka perlu bangkit pada aksi terakhir menentang Mongolia bagi mencerahkan peluang skuad negara layak ke pusingan akhir di China tahun depan.

Chelsea announce signing of Álvaro Morata on a five-year contract

Alvaro Morata's transfer to Chelsea, for a reported fee of £58 million, surely means the end for Diego Costa at Stamford Bridge.
After Costa informed Chelsea of his interest in moving to China during their title-winning campaign last season, manager Antonio Conte informed the 28-year-old he was no longer in his plans via text this summer.
In truth, Costa's future at the club has not looked secure since he was left out of the match at Leicester after a training ground row back in January, but he now looks certain to leave, having been pictured on holiday in an Atletico Madrid shirt earlier this week.

Saturday, 15 July 2017

EPL : Peluang bekerjasama dengan Guardiola buat Walker cemas

Kyle Walker teruja dan berasa cemas untuk bekerjasama di bawah tunjuk ajar Pep Guardiola, namun percaya dia berada pada kemuncak prestasi selepas menyempurnakan perpindahan termahal ke Manchester City dari Tottenham Hotspur.  

Walker menjadi bek termahal dan pemain Inggeris termahal sebaik tiba di City semalam dengan laporan perpindahan bernilai GBP50 juta (RM280 juta).


Pemain England itu belum pernah menjulang trofi sepanjang kariernya dan percaya peluang untuk memenangi medal meningkatkan lagi peluangnya, apatah lagi peluang bekerja di bawah kendalian pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebanyak dua kali, Guardiola. 

"Saya di bawah bimbingan seorang jurulatih hebat. Saya terkejut -- sedikit gemuruh," kata Walker kepada laman sesawang Manchester City. 

"Ini bab baru dalam karier saya di mana saya boleh menimba pengetahuan. 

"Saya berasa pada usia yang sesuai dan mungkin di kemuncak karier saya. Saya hanya mahu belajar dan cuba menjadi pemain terbaik sehabis mungkin. 

"Saya belum berbincang secara mendalam dengannya (Guardiola) lagi. Perbualan kami sebelum ini sangat positif.

"Dia mengatakan saya sangat sesuai dengan corak permainan yang dihajatinya. Apa yang penting bagi kami adalah memenangi trofi.

"Ini merupakan kelab besar, mempunyai barisan pemain yang bagus dan kami perlu terus memenangi sesuatu."

Walker dilaporkan berbalah dengan ketua jurulatih Spurs, Mauricio Pochettino, berkenaan dengan polisi penggiliran pemain di mana Kieran Trippier lebih menjadi pilihan untuk perlawanan besar, termasuk aksi separuh akhir Piala FA bertemu Chelsea dan pertembungan liga dengan Arsenal dan Manchester United.

Begitupun, pemain berusia 27 tahun itu memuji impak pengendali dari Argentina itu terhadap kariernya. 

"Tottenham merupakan kelab yang hebat, mereka membantu saya mencapai tahap seperti hari ini," tambah Walker. 

"Saya banyak belajar di sana -- terutama di bawah bimbingan pengurus ketika ini, dia sangat hebat buat saya. 

"Ada kalanya perjalanan saya bukan di situ, anda perlu memandang masa depan. Sebuah tempat berbeza dan berharap memenangi trofi. Itulah diri saya dan apa yang akan saya lakukan."

MSL : TRW terus derita, Perak langsai hutang (0-2)



Oleh Farizal Yusoff 15 Julai 2017

Impian Perak melangsaikan hutang kekalahan 2-4 dalam pusingan pertama Liga Super kepada Kelantan tercapai apabila menang bergaya 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Di sebalik tekanan dan harapan menggunung peminat, The Red Warriors (TRW) yang turun dengan misi wajib menang, melancarkan serangan pertama ke kubu Perak, malangnya sepakan Alessandro Padovani Celin terus ke dakapan penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim, pada minit kedua.

Minit ke-24, pemain tengah Perak, Mohamad Nasir Bashardin mencemaskan TRW apabila melakukan larian solo, berjaya menewaskan penjaga gol, Mohamad Ramadhan Abd Hamid, namun  sepakan leretnya dihalang pertahanan import, Mamadou Danso.

Pemain sayap, Mohd Nazrin Mohd Nawi, menggembirakan penyokong The Bos Gaurus apabila rembatan kencangnya pada minit ke-28 berjaya menewaskan Ramadhan hasil lorongan cantik pemain import, Yashir Pinto, untuk gol pertama Perak.

Tersentak dengan jaringan pembukaan Perak, TRW menggandakan asakan mencari gol penyamaan, malangnya sepakan percuma kapten pasukan, Indra Putra Mahayuddin, tersasar pada minit ke-30.

Bersambung dalam babak kedua, penyerang import Perak, Gilmar Jose Da Silva, dilayangkan kad kuning apabila ‘lakonan’ untuk mendapatkan penalti berjaya dikesan pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan, pada minit ke-47.

Shahrul Mohd Saad berjaya melakukan rembatan di luar kawasan penalti Kelantan, malangnya Ramadhan cukup bersedia di gawang pada minit ke-55.

Mint ke-60, pengurus TRW, Alfredo Gonzales, membuat pertukaran pemain apabila memasukkan pemain tengah, Mohd Rozaimi Azwar, dan mengeluarkan pemain sayap kiri,  Mohammad Qayyum, untuk menguatkan jentera tengah.

Celin hampir menjaringkan gol penyamaan Kelantan apabila sepakan leretnya terbias di sebelah kiri pintu gol Perak biarpun penjaga gol, Muhammad Hafizul, tersilap langkah pada minit ke-75.

Seladang terus di depan apabila penyerang import, Pinto, berjaya melepasi perangkap ofsaid Kelantan dan menyudahkan hantaran cantik Kenny Pallraj, menewaskan Ramadhan buat kali kedua, pada minit ke-79.

TRW berusaha mencari gol untuk merapatkan jaringan, malangnya barisan pertahanan The Bos Gaurus yang diketuai kapten, Mohd Shahrom Abdul Kalam, kental bertahan untuk menghadiahkan kekalahan kelapan Kelantan dalam saingan Liga Super, musim ini.

Bakayoko another smart Chelsea signing


A £40m deal for a largely unproven player in Tiemoue Bakayoko looks risky. But Chelsea historically have a good record when it comes to pricey central midfielders, as N'Golo Kante showed only last summer. 

  • **Chelsea sign £40m Bakayoko from Monaco

Alexis Sanchez says i want to play in champions league amid Arsenal future talks

Alexis Sanchez says he has "made my decision" on whether to stay at Arsenal as he stressed the importance of playing in the Champions League.
Arsenal missed out on Champions League football for next season after finishing fifth in the Premier League, and the Gunners will play in the Europa League instead.
Sanchez has played in the Champions League every year since moving to Barcelona in 2011 but has never won the competition, and he told reporters in his native Chile on Saturday that he would accept nothing less than a spot in Europe's top competition.
"I want to play in the Champions League," he said at a charity youth tournament in Tocopilla. "The decision isn't up to me, I need to wait for Arsenal.
"I've made my decision, now I wait for Arsenal's reply. The idea is to play and win the Champions League. I've dreamt about it since I was little.
"For now I am at Arsenal and I finish my contract in one more year."
Sanchez has so far resisted signing a new long-term deal reportedly worth in excess of £250,000 a week, but manager Arsene Wenger said on Friday that he was confident that Sanchez would decide to stay on.
"Of course. There is not a lot to resolve at the moment with the player," Wenger said. "I have spoken through text and it was very positive. My thoughts are always positive."
Sanchez returned home following his participation at the Confederations Cup, and he said he was proud of Chile's performance in Russia, even though La Roja fell to Germany in the final.
"We feel sad and proud at the same time for losing the final, but the players left everything on the pitch and we hope to keep showing who we are," he added.

Friday, 14 July 2017

Mohamed Salah scores in first Liverpool appearance


WIGAN, England -- Mohamed Salah marked his first appearance in a Liverpool shirt with a goal after he netted the equalising goal in Friday night's 1-1 draw with Wigan Athletic in a friendly.
Salah cancelled out Alex Gilbey's opener for the hosts with a tap-in right on the stroke half-time to conclude an impressive 45-minute outing.
After standard immigration procedure kept him out of Wednesday's short trip to Tranmere Rovers, Salah played the entire of the first half at the DW Stadium -- his first action since arriving to Liverpool from Roma for potential club-record fee.
Wigan took the lead in the 21st minute as Gilbey capitalised on Liverpool failing to clear their lines from a free kick.
But the Premier League side later levelled when Roberto Firmino was through on goal and allowed the Liverpool debutant to score by squaring the ball.
The match was the last of Liverpool's preseason friendlies on home soil as they embark on a near-6,000-mile trip to Hong Kong this weekend for the Premier League Asia Trophy.

Thursday, 13 July 2017

Rooney SCORES stunner in dream return for Everton


Wayne Rooney announced his return to Everton in spectacular fashion on Thursday as he scored with a stunning effort against Kenyan side Gor Mahia. Rooney's goal, which arrived in the 35th minute, was cancelled out 60 seconds later when Meddie Kagere score. 

Kieran Dowell secured victory for Everton with eight minutes of the match left. 

Ronald Koeman made 11 changes at half-time with Rooney one of those to only play the first half of the match. At one point during the match he was hugged by a young fan in a Manchester United. 

Rooney appeared sharp as he made his return for Everton in the pre-season fixture against the Kenyan outfit

Arsenal boss Arsene Wenger hails record signing Alexandre Lacazette and praises 'promising' young guns Reiss Nelson and Joe Willock

  • New £52m signing Alexandre Lacazette scores 15 minutes into Arsenal career 
  • Per Mertesacker had given Arsene Wenger's men early lead in Sydney
  • First match of pre-season tour played in front of 80,000 sell-out at ANZ Stadium
  • Wenger on young tyros Joe Willock and Reiss Nelson: 'The future is promising' 
Arsene Wenger hailed club record signing Alexandre Lacazette after he took just 15 minutes to open his Gunners account in Australia.

The French striker, a £52m arrival from Lyon, came off the bench to score the second goal in a straightforward 2-0 victory over A-League champions Sydney FC.

Lacazette sidefooted home a low cross from fellow substitute Alex Iwobi late on in front of more than 80,000 at ANZ Stadium from 10 yards out to complete the scoring after Per Mertesacker had given the visitors an early lead.


Arsenal boss Arsene Wenger hailed youngster Joe Willock saying the future is 'promising' 
Arsenal's record £52m signing celebrates his goal that caps an impressive start with the club

Tuesday, 11 July 2017

Lacazette trains with Arsenal team-mates for the first time

Lacazette trains with Arsenal team-mates for the first time as Wenger's preparations step up in Sydney


Alexandre Lacazette has trained alongside his Arsenal team-mates for the first time as their pre-season tour of Australia gets into full swing. The Gunners' £53million new boy was all smiles as he trained at the Kogarah Oval in Sydney and continues to get to know his new team-mates following his move from Lyon. Arsenal have confirmed Lacazette will wear the No 9 shirt - last worn by Lukas Podolski - while fellow new boy Sead Kolasinac will take the No 31 jersey.

Bayern Munich beat Euro giants to sign Rodriguez on two-year LOAN deal from Real Madrid

Real Madrid playmaker James Rodriguez has signed for Bayern Munich on a two-year loan deal. Rodriguez will have a medical with the German giants before completing his move to the Allianz Arena. Bayern will also have an option to buy the Colombia international permanently at the end of the loan deal in 2019.

Real Madrid loan James to Bayern
James Rodriguez has been offered a way out of Real Madrid by Bayern Munich. The Bundesliga giants have loaned the Colombia star for two years with an option to buy, seemingly ending his disappointing Bernabeu stint.

Saturday, 8 July 2017

Keputusan Piala Malaysia : PERAK,PKNP teratas dlm grup selapas 2 perlawanan | MU benam Red Warriors 3-0



PKNS FC gagal memanfaatkan aksi di Stadium Shah Alam,  apabila tewas 1-2 kepada Felda United dalam aksi Kumpulan B.



MELAKA United mula meraih keputusan positif pada aksi kedua Kumpulan C Piala Malaysia 2017 apabila menundukkan Kelantan 3-0 di Stadium Hang Jebat malam tadi, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan di laman sendiri sejak Februari lalu.
 



Friday, 7 July 2017

PNKP waspada ancaman Pahang

ABU BAKAR yakin anak-anak buahnya mampu mempersembahkan perlawanan yang baik apabila menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
PASUKAN Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) enggan terlalu dibuai mimpi kejayaan lalu apabila menuntut pemainnya lebih berwaspada selepas dijadualkan bertemu pasukan berstatus Liga Super, Pahang menjelang aksi kedua perlawanan Liga Malaysia di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
Pengendalinya, Abu Bakar Fadzim menyeru anak-anak buahnya kekal dengan lebih matang dan tenang untuk mencerahkan peluang mereka melakar kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan A di laman sendiri.
Abu Bakar berharap pasukannya mampu menyekat keseluruhan pemain-pemain skuad kendalian Dollah Salleh dan mahukan mereka menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk membenam cabaran pasukan Liga Super itu malam ini.
“Saya tetap menghormati pasukan Pahang kerana mereka adalah pasukan paling berpengalaman dalam saingan berprestij ini. Dalam saingan Liga Super, Pahang kini menduduki tangga kedua. Jadi, saya rasa kita tidak berdepan lawan yang mudah.
“Namun, saya percaya skuad kendalian saya mampu mempersembahkan satu perlawanan yang baik kerana rata-rata mereka adalah pemain muda dan bersemangat dalam penampilan pertama Piala Malaysia,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Abu Bakar juga tidak berkompromi dengan mana-mana pemain yang tidak berdisiplin selepas merehatkan pemain tengah, Vincent Lucas Weijl (Belanda) di bangku simpanan dan hanya menurunkan tiga pemain import terbaiknya.
“Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pemain yang tidak disiplin. Kita mahu pemain import ini tidak boleh terlalu selesa dan tempat mereka tidak terjamin dalam PKNP,” tegasnya.
PKNP kini mendahului saingan Kumpulan A selepas berjaya mengejutkan pasukan T-Team dengan kemenangan 2-1 di Kuala Terengganu, Selasa lalu.

Tuesday, 4 July 2017

Final Piala Konfederasi : Jerman tutup mulut pengkritik | Germany 1 Chile 0

SKUAD muda Jerman memberi amaran awal menjelang Piala Dunia 2018 di Rusia tahun depan apabila mempamerkan taring mereka selepas melakar kejutan muncul juara Piala Konfederasi 2017 di St. Petersburg, Rusia semalam.
Kejayaan itu juga menutup mulut pengkritik sebelum kejohanan berlangsung kerana jurulatih Jerman, Joachim Loew membariskan pemain muda yang kurang pengalaman, namun sebaliknya berlaku apabila mereka menewaskan Chile 1-0 pada aksi final semalam,
Pemain tengah, Lars Stindl muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal sekali gus membantu Jerman meraih kejuaraan pertama selepas kejohanan itu diperkenalkan pada 1992.

Bayern Munich team-mates Joshua Kimmich and Arturo Vidal clash in the second of the Confederations Cup clash

“Ramai pemain kami yang belum pernah beraksi di pentas final. Saya pasti mereka tidak akan melupakan kemenangan ini seumur hidup mereka. Ia merupakan satu perlawanan sukar kerana Chile adalah sebuah pasukan yang hebat,” ujar Loew.
Joachim Low has set Germany up perfectly to defend the World Cup next year in Russia
Chile finished as runners-up after missing an abundance of chances in the 90 minutes




Sunday, 2 July 2017

Messi kahwini kekasih zaman kanak-kanak

WAJAH bahagia Lionel Messi dan Antonella Roccuzzo dalam majlis perkahwinan mereka di City Centre Complex, Rosario, Argentina semalam. AFP

PEMAIN prolifik Barcelona, Lionel Messi menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan yang dikenali sejak zaman kanak-kanak, Antonella Roccuzzo dalam majlis perkahwinan berlangsung di kampung halaman masing-masing di pusat bandar Rosario, Argentina semalam.
Majlis tersebut yang diberi jolokan ‘perkahwinan abad ini’ dihadiri kira-kira 260 tetamu termasuk bintang Barcelona seperti Neymar dan Luis Suarez, selain bekas pemain iaitu Xavi, Carles Puyol, Cesc Fabregas dan Samuel Eto’o.

Neymar posts a photo with the groom and former Barcelona team-mate Dani Alves
Antara bintang bola sepak lain yang turut hadir ialah penyerang Manchester City, Sergio Aguero dan Gerard Pique yang turut diiringi pasangannya Shakira, penyanyi pop terkenal Colombia.
Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan kumpulan pop Uruguay, Rombai dan Marama selain penyanyi Karina Tejeda yang juga teman wanita Aguero.
Dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup itu, kedua-dua pasangan tersenyum lebar ketika berjalan di atas permaidani merah.
Roccuzzo tampil dengan gaun putih ala ikan duyung hasil rekaan Rosa Clara yang juga pereka fesyen kepada pelakon terkenal Amerika Syarikat, Eva Longoria dan Permaisuri Letizia dari Sepanyol.
Menjelang perkahwinan tersebut, majalah selebriti telah menamakan Roccuzzo sebagai ‘wanita pertama bola sepak’.

Roccuzzo merupakan sepupu kepada salah seorang rakan Messi pada zaman kanak-kanak dan mereka mengenali antara satu sama lain pada usia lima tahun.
Messi, 30 dan Roccuzzo, 29, saling berhubung meskipun pada ketika itu penyerang tersebut terpaksa berhijrah meninggalkan Rosario selepas menyertai Barcelona pada usia 13 tahun.
Media Argentina melaporkan, kedua-dua mempelai itu bercinta hampir tujuh tahun sebelum mengakhirinya dengan perkahwinan.
Selain menerima hadiah perkahwinan, pasangan itu juga memohon kepada tetamu untuk memberikan sumbangan kepada badan amal kanak-kanak.
“Mereka berdua saling melengkapi. Leo (Lionel Messi) tidak pernah berubah.
“Biarpun pelbagai pencapaian telah diraih, dia masih seperti kanak-kanak yang lebih mengutamakan kesederhanaan,” kata salah seorang sahabat Messi, Diego Vallejos, yang turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Bapa Roccuzzo, Jose, adalah pemilik rangkaian pasar raya, Unico dan bekas presiden persatuan rangkaian pemilik pasar raya serantau.
Dia juga dikenali sebagai peminat Newell’s Old Boys, iaitu kelab bola sepak Argentina yang disertai Messi ketika zaman kanak-kanak di Rosario.
Messi menempa nama di Barcelona dengan memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk Ballon d’Or sebanyak lima kali sehingga melonjakkan namanya sebagai pemain terhebat dunia.
“Seorang rakan yang kurus, yang pernah membesar bersama saya. Sukar untuk saya terangkan perasaan ini. Saya adalah rakan dan juga peminat Leo,” kata Vallejos lagi.
Messi dan Roccuzzo tinggal di Barcelona namun masih kerap pulang ke Rosario untuk bercuti.

Final Piala Konfenderasi : Bravo mahu gembirakan rakyat Chile

Claudio Bravo & Crisptopher Toselli menjalani latihan di St Petersburg Rusia semalam menjelang pertemuan menentang Chile dlm final Piala Konfederasi hari ini

OCHI, Rusia 1 Julai – Kapten 
Chi­le, Claudio Bravo bersemangat untuk terus menghadiahkan ke­gemilangan buat negaranya apabila berdepan juara dunia, Jerman dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi esok (2 pagi Isnin waktu Malaysia).
Skuad La Roja tidak pernah memenangi trofi utama sehinggalah menjulang Copa America 2015 dan mereka mempertahankan gelaran dengan mengalahkan Argentina pada final Copa America Centenario, tahun lalu.
Bravo bertindak cemerlang menyelamatkan tiga sepakan penalti ketika Chile menyingkirkan juara Eropah, Portugal menerusi penentuan penalti 3-0 di Kazan, Rabu lalu. Dia menepis percubaan Ricardo Quaresma, Joao Moutinho dan Nani untuk membawa pasukannya ke final.
Arturo Vidal, Charles Aranguiz dan Alexis Sanchez menyempurnakan sepakan skuad La Roja, sekali gus menempah pertemuan dengan Jerman yang melangkah ke final menerusi keputusan me­yakinkan 4-1 ke atas Mexico.
“Kami datang dari negara yang tidak mempunyai banyak pencapaian besar.
“Jadi, bola sepak adalah peluang untuk menggembirakan rakyat Chile dan harap mereka boleh melupakan masalah buat seketika. Menggembirakan orang ramai adalah perkara paling indah,” kata Bravo, yang akan beraksi dalam tiga final kejohanan besar.
Penjaga gol Manchester City berusia 34 tahun itu bagaimanapun berkata, mungkin generasi penyokong Chile hari ini lebih biasa dengan kejayaan sejak mereka berjaya menjuarai Copa America, dua tahun lalu.
“Saya ada empat anak yang menunggu di rumah dan jika saya pulang dengan tangan kosong, anak saya yang bongsu akan marah serta menuntut keputusan lebih baik.
“Kami bekerja keras untuk negara dan diri sendiri. Kami berkongsi impian yang sama iaitu meraih lebih banyak kejayaan dan harap,” katanya lagi.
Sementara itu bagi Jerman, biarpun menurunkan skuad ‘eksperimen’ yang dibarisi pemain muda, namun mereka mempa­mer prestasi meyakinkan di Rusia, malah menjadi pilihan untuk meneruskan kejutan di Stadium Krestovsky, Saint Petersburg.
Jurulatih skuad Die Mannschaft, Joachim Loew memiliki ramai bakat muda yang bersedia berdepan cabaran pasukan berpe­ngalaman Chile, diketuai kapten, Julian Draxler, Joshua Kimmich dan Leon Goretzka, selain pe­nyerang berbakat besar, Timo Werner.
“Kami adalah pasukan muda tetapi ramai pemain memiliki pengalaman antarabangsa bersama kelab masing-masing. Pemain-pemain ini akan beraksi dalam final kejohanan besar buat kali pertama, mereka membentuk skuad berkualiti.
“Ramai tidak menjangka kami akan pergi sejauh ini, namun saya sentiasa yakin dengan kualiti yang kami miliki,” kata bek tengah Jerman, Antonio Rudiger. – AGENSI