Tuesday, 4 July 2017

Final Piala Konfederasi : Jerman tutup mulut pengkritik | Germany 1 Chile 0

SKUAD muda Jerman memberi amaran awal menjelang Piala Dunia 2018 di Rusia tahun depan apabila mempamerkan taring mereka selepas melakar kejutan muncul juara Piala Konfederasi 2017 di St. Petersburg, Rusia semalam.
Kejayaan itu juga menutup mulut pengkritik sebelum kejohanan berlangsung kerana jurulatih Jerman, Joachim Loew membariskan pemain muda yang kurang pengalaman, namun sebaliknya berlaku apabila mereka menewaskan Chile 1-0 pada aksi final semalam,
Pemain tengah, Lars Stindl muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal sekali gus membantu Jerman meraih kejuaraan pertama selepas kejohanan itu diperkenalkan pada 1992.

Bayern Munich team-mates Joshua Kimmich and Arturo Vidal clash in the second of the Confederations Cup clash

“Ramai pemain kami yang belum pernah beraksi di pentas final. Saya pasti mereka tidak akan melupakan kemenangan ini seumur hidup mereka. Ia merupakan satu perlawanan sukar kerana Chile adalah sebuah pasukan yang hebat,” ujar Loew.
Joachim Low has set Germany up perfectly to defend the World Cup next year in Russia
Chile finished as runners-up after missing an abundance of chances in the 90 minutes




No comments:

Post a Comment