Claudio Bravo & Crisptopher Toselli menjalani latihan di St Petersburg Rusia semalam menjelang pertemuan menentang Chile dlm final Piala Konfederasi hari ini
OCHI, Rusia 1 Julai – Kapten
Chile, Claudio Bravo bersemangat untuk terus menghadiahkan kegemilangan buat negaranya apabila berdepan juara dunia, Jerman dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi esok (2 pagi Isnin waktu Malaysia).
Skuad La Roja tidak pernah memenangi trofi utama sehinggalah menjulang Copa America 2015 dan mereka mempertahankan gelaran dengan mengalahkan Argentina pada final Copa America Centenario, tahun lalu.
Bravo bertindak cemerlang menyelamatkan tiga sepakan penalti ketika Chile menyingkirkan juara Eropah, Portugal menerusi penentuan penalti 3-0 di Kazan, Rabu lalu. Dia menepis percubaan Ricardo Quaresma, Joao Moutinho dan Nani untuk membawa pasukannya ke final.
Arturo Vidal, Charles Aranguiz dan Alexis Sanchez menyempurnakan sepakan skuad La Roja, sekali gus menempah pertemuan dengan Jerman yang melangkah ke final menerusi keputusan meyakinkan 4-1 ke atas Mexico.
“Kami datang dari negara yang tidak mempunyai banyak pencapaian besar.
“Jadi, bola sepak adalah peluang untuk menggembirakan rakyat Chile dan harap mereka boleh melupakan masalah buat seketika. Menggembirakan orang ramai adalah perkara paling indah,” kata Bravo, yang akan beraksi dalam tiga final kejohanan besar.
Penjaga gol Manchester City berusia 34 tahun itu bagaimanapun berkata, mungkin generasi penyokong Chile hari ini lebih biasa dengan kejayaan sejak mereka berjaya menjuarai Copa America, dua tahun lalu.
“Saya ada empat anak yang menunggu di rumah dan jika saya pulang dengan tangan kosong, anak saya yang bongsu akan marah serta menuntut keputusan lebih baik.
“Kami bekerja keras untuk negara dan diri sendiri. Kami berkongsi impian yang sama iaitu meraih lebih banyak kejayaan dan harap,” katanya lagi.
Sementara itu bagi Jerman, biarpun menurunkan skuad ‘eksperimen’ yang dibarisi pemain muda, namun mereka mempamer prestasi meyakinkan di Rusia, malah menjadi pilihan untuk meneruskan kejutan di Stadium Krestovsky, Saint Petersburg.
Jurulatih skuad Die Mannschaft, Joachim Loew memiliki ramai bakat muda yang bersedia berdepan cabaran pasukan berpengalaman Chile, diketuai kapten, Julian Draxler, Joshua Kimmich dan Leon Goretzka, selain penyerang berbakat besar, Timo Werner.
“Kami adalah pasukan muda tetapi ramai pemain memiliki pengalaman antarabangsa bersama kelab masing-masing. Pemain-pemain ini akan beraksi dalam final kejohanan besar buat kali pertama, mereka membentuk skuad berkualiti.
“Ramai tidak menjangka kami akan pergi sejauh ini, namun saya sentiasa yakin dengan kualiti yang kami miliki,” kata bek tengah Jerman, Antonio Rudiger. – AGENSI
No comments:
Post a Comment